Bahasa

Baca Dulu Sebelum Tempah

Terma & Syarat

Berkuat kuasa mulai 2026. Terma ni terpakai untuk semua tempahan dengan Sénira Studio.

1. Tempahan & Pengesahan

  • Semua tempahan ikut kekosongan slot dan hanya disahkan lepas kami terima dan semak deposit atau bayaran penuh.
  • Slot anda disimpan selama 1 jam lepas borang tempahan dihantar. Kalau bayaran belum masuk dalam tempoh ni, slot akan dibuka semula secara automatik.
  • Kami akan WhatsApp anda bila tempahan dah disahkan.

2. Syarat Bayaran

  • Bayaran deposit: Deposit diperlukan untuk simpan slot dan tak boleh dipulangkan. Baki perlu dibayar pada hari sesi.
  • Bayaran penuh: Pelanggan yang bayar penuh lebih awal layak untuk harga promosi, jika ada. Bayaran penuh tak boleh dipulangkan.
  • Semua bayaran yang dah dibuat tak boleh dipulangkan.
  • Bayaran perlu dibuat melalui pindahan bank. Kami akan WhatsApp maklumat bank lepas tempahan dihantar.
  • Hantar resit bayaran melalui pautan dalam mesej WhatsApp anda.

3. Pembatalan

  • Semua bayaran yang dah dibuat tak boleh dipulangkan, sama ada deposit atau bayaran penuh.
  • Tarikh boleh ditukar sekali saja dan perlu beritahu kami sekurang-kurangnya 3 hari sebelum sesi, ikut kekosongan slot.
  • Kalau tak hadir, tempahan dikira batal tanpa bayaran balik atau kredit.

4. Tukar Tarikh

  • Kalau nak tukar tarikh, beritahu kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh sesi.
  • Anda boleh tukar tarikh sekali saja untuk setiap tempahan, ikut kekosongan slot.
  • WhatsApp kami kalau nak tukar tarikh.

5. Hari Sesi

  • Pastikan datang tepat pada masa. Kalau lewat, masa bergambar jadi lebih pendek — sesi tetap tamat pada masa asal.
  • Sebaiknya guna tandas dulu dan datang siap berpakaian supaya masa sesi dapat digunakan sepenuhnya.
  • Jaga suasana studio ya. Kami boleh tamatkan sesi lebih awal kalau keselamatan pasukan atau peralatan terjejas.

6. Terima Gambar

  • Gambar yang dah diedit akan dihantar dalam 7 hari bekerja lepas sesi, melalui pautan galeri online.
  • Bilangan gambar yang diedit ikut pakej yang anda pilih.
  • Fail asal yang belum diedit tak termasuk dan tak akan diberikan.

7. Sesi Raya 2026

  • Tempahan sesi bergambar Studio Raya 2026 dah dibuka.
  • Gambar galeri Raya 2026 belum tersedia sebab sesi belum bermula. Contoh gambar akan dimuat naik bila sesi dah bermula.
  • Syarat tempahan, pembatalan dan bayaran yang sama terpakai untuk sesi Raya.

8. Privasi

  • Maklumat peribadi anda (nama, nombor telefon dan e-mel) hanya digunakan untuk urusan tempahan dan tak akan dikongsi dengan pihak lain.
  • Dengan membuat tempahan, anda benarkan Sénira Studio guna gambar anda di media sosial dan portfolio website kami, kecuali anda beritahu tak mahu semasa buat tempahan.

Bila teruskan tempahan, anda sahkan yang anda dah baca, faham dan setuju dengan Terma & Syarat ni. Ada soalan? WhatsApp kami dulu sebelum tempah.